pemimpin tidaklah mudah. Apalagi
untuk menjadi pemimpin yang baik. Seorang pemimpin
kerap dipandang sempurna oleh para bawahannya. Sedikit salah, bisa jadi bahan
omongan anak buahnya.
Padahal menjadi orang yang sempurna
yang tak pernah salah jelas mustahil. Yang bisa adalah upaya untuk terus
memperbaiki diri agar menjadi pemimpin yang lebih baik.
Lantas seperti apakah pemimpin yang
baik? Apakah ciri-ciri pemimpin yang baik? Dan bagaimana menjadi pemimpin yang
baik?
Pemimpin yang baik diukur dari
tindakannya, bukan sekedar pandai berteori, namun miskin pelaksanaan. Untuk
menjadi pemimpin yang baik, coba terapkan hal-hal berikut ini pada diri anda.
- Kembangkan setiap karyawan. Setiap pemimpin yang baik selalu mengembangkan karyawannya. Dengan SDM yang kuat, tujuan yang ingin dicapai perusahaan pun akan lebih mudah dicapai. sebab itulah pemimpin yang hebat selalu mengembangkan anak buahnya.
- Sikap positif dan menginspirasi. Pemimpin itu harus selalu punya sikap positif. Ini penting agar tim anda tetap termotivasi. Menciptakan suasana yang positif juga sangat baik untuk meningkatkan produktivitas tim anda.
- Mampu mendelegasi. Delegasi tugas amat penting bagi seorang pemimpin. Pemimpin harus bisa mendelegasikan tugasnya pada orang yang tepat. Agar pemimpin bisa belajar untuk mempercayai timnya. Selain itu agar pemimpin bisa fokus mengerjakan tugas yang lebih penting.
- Komunikasi. Kemampuan komunikasi amat penting bagi seorang pemimpin. Sehingga pesan yang disampaikan bisa jelas. Kemampuan berkomunikasi yang jelas ini juga penting agar pemimpin bisa menyelarasakan semua anggota timnya menuju tujuan yang diinginkan.
- Cepat menangani masalah. Ketika muncul masalah, segera seorang pemimpin mencari jalan pemecahannya. Agar masalah itu cepat tertangani dan mendapat solusinya. Sehingga masalah yang muncul tak sampai berlarut-larut.
- Humoris. Seorang pemimpin yang hebat itu biasanya juga dilengkapi dengan sense of humor yang baik. Mereka bisa membuat timnya tetap tertawa sekalipun mungkin sedang dilanda masalah. Ini penting agar masalah yang timbul tidak menjadi beban, namun tetap bisa diselesaikan dengan hati senang.
- Percaya diri. Seorang pemimpin yang baik itu punya rasa percaya diri yang baik. Di saat-saat genting sekalipun, seorang pemimpin bisa mengangkat moral timnya sehingga masalah yang muncul bisa diatasi dengan baik.
Itulah tujuh ciri pemimpin yang
baik. Ada yang mau menambahkan? 
IRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK DALAM SESEBUAH ORGANISASI
-Sem April 10/11,
Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran.
-Disediakan oleh:
mindss
-Disediakan
untuk: Dr. Kalthum Haji Hassan
1.0 PENGENALAN
Kepemimpinan
adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira
budaya, sama ada dalam masyarakat
primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa
kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.
Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja
untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai
pemimpin.
Seperti
mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi
pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik
harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik
mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola
ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin
Mohamad, 1998).
Kejayaan
sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu
orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin
(atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara
sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan
dua orang atau lebih. (Fatimah Wati
Halim & Iran Herman, (1997).
Selain
itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing dan
mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu
berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang
lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur
yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.
Seperti
mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat tentang sains pengurusan,
terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas
ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan
dengan keberkesanan dan kecekapan
sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka
timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza
dengan yang lain".
Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya
‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua
jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama,
kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa
yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa
yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan
kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun
untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang
berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).
2.0 CIRI-CIRI
PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN
Terdapat
beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti
berikut ialah;
• Keyakinan
kendiri
Merujuk kepada
sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan
kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan
berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang
berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan
kendiri.
• Bertanggungjawab
Individu yang
bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin.
• Penyesuaian
Merujuk kepada
ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan.
Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan
mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan
tertekan
• Suka
bergaul/ramah
Sifat ini juga
disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang suka
bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi
orang-orang dalam organisasinya.
• Dapat
diterima
Merujuk kepada sifat
amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini mudah
bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya
tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.
• Berorientasi
Pencapaian
Individu yang berorientasi pencapaian berusaha
melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa
puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras,
bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi
pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia
ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan
ganjaran ekstrinsik.
3.0 CIRI-CIRI
YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA
Mengikut
pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin
perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam
organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran
matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga
menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu
mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang
tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada
melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai
anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan
sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).
Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang
pemimpin perlulah seorang yang hidupnya
dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya.
Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut
dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak
jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga
menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab
besar jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat
dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran
supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah
digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama Islam
yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).
Manakala menurut
pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang
pemimpin perlulah mempunyai sifat
kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat kesungguhan dan
keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah organisasi tidak akan
berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau
kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa
Hj. Daud, (1996).
Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya
iaitu Ralph M. Stogdill, seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan
kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai modal supaya seorang
pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik. Seorang pemimpin
juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama, kemampuan
berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud,
(1996).
Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya
mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana berkebolehan, agresif dan
berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa
Hj. Daud, (1996).
4.0 PERANAN PEMIMPIN
Pemimpin
diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin
dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat
membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili
organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara
serentak. Peranan-peranan berikut adalah seperti;
4.1 Sumber rujukan:
pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila
diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti
perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar
4.2 Model: sebagai model
atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan
yang boleh diteladani.
4.3 Pendorong: pemimpin
juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan
sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih
memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.
4.4 Pembimbing: selaku
pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan
dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan,
serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang
aktif dan menyumbang
4.5 Jurucakap/jurubicara:
peranan ini menyerupai peranan “pegawai perhubungan awam”. Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil
organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak luar.
4.6 Orang tengah: jika
berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan
sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias)
kepada mana-mana pihak.
Disamping
memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu
pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan
pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi,
penilai dan sebagainya.
5.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN
YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN
Setiap pemimpin
perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih-lebih lagi yang
berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran
yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;
1) Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang,
berbincang, mendengar pandangan,
merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan
bakat dan potensi mereka.
2) Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu
isu/persoalan dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan
menggunakan berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral)
3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana
organisasi beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan
tenaga-tenaga di dalam pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat.
4) Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan
meyakinkan dan merangsang ahli.
5) Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan
di sekitar organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai
institusi dan pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka.
6) Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan
berkesan.
7) Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan
media, menyediakan cadangan dan laporan.
8) Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan,
merangka belanjawan dan menguruskan dana.
9) Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham
kegunaan maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat
menilai potensi sesuatu isu bagi kepentingan organisasi.
11) Latihan. Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan
dapat mengendalikan latihan.
12) Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan
terkini bagi memudahkan kerja.
13) Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang
asas untuk pelbagai tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan
kontrak dan lln.
Walaupun
kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang
pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk
kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu pemimpin juga
seharusnya berkemahiran mengangihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja
tertentu kepada ahli-ahlinya.
6.0 PENUTUP
Kepimpinan ialah
perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa,
bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus
mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus
menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya
mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan
mencapai matlamat masa depan.
Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat
menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran,
kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan
pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran
juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik
bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada
keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan
serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.
7.0 RUJUKAN
Aminudin Moh.
Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan
tradisi. Kuala Lumpur: AMW Comunications Management.
Azizan Bahari.
(2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.
Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa & Putaka.
Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja,
Prestasi Kerja dan Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam
& Swasta. Jurnal Psikologi Manusia. Bil 11:97-114
Mustafa Hj. Daud.
(1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan),
Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distibutors Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Mohamad. (1998).
Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan
Distributian and Publication.
Rektor UIN Anggap Jokowi tidak Etis Lepas Jabatan Gubernur
Cahya Mulyana - 18 Maret 2014 18:19 WIB

MI-Bary Fathahilah
RELATED TOPIC
- Jokowi: Bisa Cuti Panjang, Bisa Mundur
- Rektor UIN Anggap Jokowi tidak Etis Lepas Jabatan Gubernur
- Jokowi Dinilai Unggul dalam Pemberantasan Korupsi
- Burhanuddin: Marwah Ketua KPK tak Kalah dari Cawapres
- Selain Pencitraan, Jokowi Dianggap tidak Punya Keunggulan
Sehingga, menurut Rektor Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta Komaruddin Hidayat di Jakarta, Selasa (18/3/2014), perlu pembuktian lebih dengan teknokrasi.
Jika tidak, lanjut dia, publik lagi-lagi akan disuguhi oleh politik figur. "Joko Widodo (Jokowi) pernah bersumpah untuk membangun Jakarta dalam 5 tahun. Namun, baru berjalan 2 tahun dan belum memenuhi dan membuktikan janjinya, beralih dengan mencalonkan menjadi presiden," ungkap Komaruddin.
Menurut dia, tidak etis jika Jokowi meninggalkan jabatan lalu berebut untuk memperebutkan jabatan lain. Meskipun ada yang membela dengan alasan calon presiden (capres) untuk membangun Jakarta dari pusat.
Pakar psikologi politik UI Hamdi Muluk, program harus menjadi acuan dan dasar untuk menempati jabatan. Upaya itu untuk menyadarkan masyarakat tentang pendidikan politik yang baik berdasarkan dan mengedepankan kinerja atau pembuktian.
"Pak Jokowi harus dipancing keluar, kita harus dengar platform ke depan. Jangan seperti dulu, waktu ditanya mengenai pencapresan dia hanya menjawab enggak mikir. Mau tak mau, dia harus mau menjelaskan program ke depan," pungkas Hamdi Muluk. (Cahya Mulyana) (Henri Salomo)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar